Thursday, March 31, 2011

5 Perkara Penting Dalam Bercinta



 Peace be upon you,

1- Sayangilah si dia dengan hati bukan dengan PERASAAN.

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Tetapi jika anda meletakkan hubungan itu berdasarkan hati,maka dari situ lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

2-Hormati pendirianya

Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu.Biar pum sedalam mana sekalipum cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan.Sekiranya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukan cinta setulus hati.Baik anda meraih cinta dari orang yang benar benar menyayangi anda dan bukan hanya anda mencintai sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda.Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya.


3- Menerima si dia seadanya

Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah,selamanya kamu akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih boleh ingat,kenapa boleh terpikat dengan si dia.Pastinya kerana dia adalah dia. Maka tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain tapi jika ia menuju ke arah keburukan,anda memang berhak mengubahnya ke arah kebaikan :).

4-Elak bersangka buruk.

Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa apa.Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya,apatah lagi si dia.Namun andai ada yang mencurigakan,berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh,Islam menggalakan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk.Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesarkan hal yang kecil. :)

5- Hargai pengorbanan

Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda.Dengan kelebihan yang ada padanya,si dia berpeluang menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda,namun demi cinta kerana ALLA,si dia telah memilih anda.Oleh itu,jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya :)



No comments:

Post a Comment